Sunday, 18 September 2016

JOM KITA BUANG KOLESTEROL DALAM BADAN

MAKANAN TINGGI KOLESTEROL

- Daging Sapi
- Lemak Kambing
- Santan Kelapa
- Udang, Siput & Kerang
- Telur Ayam Kuning
- Mentega, Keju & Cheese
- Telur Burung Puyuh
- Hati Ayam

MAKANAN RENDAH KOLESTEROL

- Kacang Soya
- Kuaci
- Buah Kering
- Epal
- Ikan Tuna 
- Kacang Tanah
- Buah Mangga
- Krimis
- Jambu Batu

1. Oat Sesuai untuk Semua Orang

Oat adalah makanan ideal untuk semua peringkat umur. Ia mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga untuk orang tua.

2. Oat ada Serat baik untuk Kurus dengan sihat

Ia mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan serta mencegah masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit dan buasir.

3. Oat ada Pelbagai Khasiat

Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai. sebab itu telah ramai orang mula amalkan cara kurus dengan oat tau ..

4. Kurangkan Kadar Kolestrol

Salah satu kompenen penting di dalam oat iaitu Beta-Glukan yang mampu mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan. Ia terdiri daripada serat yang mudah larut di dalam saluran pemakanan dan menghasilkan lapisan seakan-akan agar-agar (gel) yang bertindak mengumpulkan kolesterol berlebihan bersama-sama bahan seakan-akan kolesterol.

5.Rasa Kenyang yang Lama

Oat juga boleh memberikan perut berasa kenyang dalam masa yang lama. Menurut Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh harian terdiri daripada bijirin penuh, iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Jadi jika anda berasa mengantuk dan hilang tumpuan terhadap sesuatu kerja yang memerlukan berfikir seperti belajar, ambillah oat sebagai makanan yang mampu memberikan anda tenaga dan khasiat yang anda perlukan.

6. Sesuai Untuk Sarapan

Makanan terbaik untuk sarapan pagi yang berkhasiat .Tiada yang lebih mengujakan anda setiap pagi melainkan dengan sarapan yang berkhasiat dan menyedapkan. Tambahkan buah-buahan atau susu krim ke dalam semangguk oat yang memberikan manfaat untu keperluan nutrisi seharian anda.
Oat adalah di antara makanan yang paling berkhasiat untuk sarapan pagi anda. Ia mampu mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.

7. Kurangkan Risiko Sakit Jantung

Saintis mengesyorkan mengambil makanan bijirin seperti oat untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung.Satu kajian saintifik terbaru mendapati kadar kolesterol berkurang dengan pengambilan oat di dalam sajian harian. Dr James W. Anderson, profesor perubatan dan pemakanan dari University of Kentucky telah mendapati paras kolesterol dapat diturunkan melalui pengambilan oat.
“Makanan bijirin seperti oat adalah di antara makanan terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan tahap kolesterol dan juga sebagai makanan pilihan. “Gaya hidup mempengaruhi risiko seseorang untuk mendapat kolesterol ” kata Dr James lagi.
Hasil Kajian Mengatakan :
– Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi , diabetes jenis 2 dan mengurangkan berat badan.
– Mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) di dalam berat badan.
– Mengurangkan pengerasan arteri di dalam salur darah yang menyumbang kepada serangan jantung.


8. Makanan yang mengenyangkan sehingga tengahari.


Oat adalah salah satu makanan yang tinggi kandungan serat. Oleh itu Oat berikan anda jawapan untuk kurus dengan mudah kerana  apabila anda makan oat untuk sarapan pagi, anda akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang. Sarapan yang tinggi kandungan gula dan lemak boleh membuat anda berasa kenyang untuk tempoh yang singkat. Sarapan yang terdiri daripada oat yang dengan dicampur buah-buahan boleh mengenyangkan sehingga tengah hari.
Jika anda sedang mencari sarapan yang berkhasiat, oat adalah pilihan terbaik anda. Dengan gabungan 6 makanan terbaik dunia di dalam satu hidangan oat, anda akan mendapat semua kebaikan oat untuk tubuh badan anda.

Resepi Sihat Kurus Cara Mudah Dengan Oat

Bahan-Bahan
1/2 Cawan Rolled Oat
200 ml susu segar rendah lemak
1 sudu Madu Asli
1 sudu besar Yogurt
3 biji kurma
buah-buahan segar seperti starwberry , pisang dan epal
Cara Buat
Campurkan oat , susu dan panaskan di dalam oven selama 2 minit dan selepas itu boleh campurkan madu, yogurt , kurma dan buahan segar dan sedia untuk di nikmati sebagai sarapan atau pun juga makan malam anda yang lebih sihat. Buat pilihan yang bijak untuk kurus mudah dengan oat.
Jom kita mulakan hari ini, cara kurus dengan oat  untuk anda mulakan hari yang sihat

Wednesday, 3 August 2016

Kebaikan Alfalfa-Shaklee



Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. 

Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak iaitu daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. 

Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet alfalfa Shaklee mengandungi 300mg.



Kelebihan Alfalfa

* Kaya dalam nutrisi dan mineral surih 
* Mengurangkan toksin 
* Melegakan rasa kebas dan sakit sendi 
* Merendahkan kolesterol 
* Mengandungi enzim penting untuk      penghadaman makanan

Manfaat Utama:

Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi – Alfalfa telah digunakan manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran.

Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu. 

Mencuci hati, darah dan ususu –Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

Melawan Alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan. 

Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit. 

Menyingkirkan lemak dan kolestrol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol. 

Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor. 

Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit 

Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan

Rekomendasi Alfalfa Shaklee :

Untuk kesihatan berpanjangan : 2 kali sehari – 10 biji setiap pengambilan 
Larutkan 10 biji Alfalfa Shaklee di dalam air, campurkan 3 biji Shaklee Peppermint-Ginger dan jus buahan atau jus pekat untuk rasa yang lebih enak.

Ia baik untuk sistem usus dan perut. Sesuai untuk diminum pada bila-bila masa.  

Untuk pencucian usus dan detoksifikasi, mencuci darah, melawan kanser
3-4 kali sehari, 10 biji setiap pengambilan (di ambil dengan air kosong)





Saturday, 23 July 2016

Tutorial Cara Nak Buat Blog


Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ni aku ingin berkongsi tentang tutorial buat blog. Ramai pembaca yang ingin tau, macam mana nak buat blog, dekat sini aku akan kongsikan cara nak buat blog.

Tapi sebelum tu, aku nak pesan, niat kita mesti ikhlas dalam menulis, 
bukan sorang dua yang akan baca blog kita..

Cara yang pertama sebelum kita buat blog, kita mesti ada akaun gmail. 
Kalau tak ada kena buat dulu. 

Cara nak buat akaun gmail 

1. Pergi dekat google, tekan gmail
2. Create akaun gmail  
     i. Nama & Nama Email (nama email)
     ii. Password
     iii. Tarikh Lahir
     iv. No. Tel ................... 

then boleh submit la ya, 
kemudian ada keluar perkataaan accept, korang accept la ya, 
kemudian ada link biru, tekan link tu dia akan terus buka ke akaun gmail korang.
sekarang korang dah ada akaun gmail sendiri.

 Sekarang cara buat blog
    
1. Dekat atas blog, di sebelah kanan ada tulis create blog.. korang tekan
2. Masukkan email korang tadi dan password.. klik done
3. Klik create a blogge profile, korang boleh la tulis nama untuk display, contohnya macam bercutibajet, bila korang bagi komen nanti akan keluar nama ni je la..
kemudian boleh klik continue..

4. Kemudian korang boleh klik dekat new blog, boleh la tulis tajuk/title, (tajuk ni akan ada pada header blog nanti)
5. Dan kena cari la nama blog.. macam bercutibajet.blogspot.com, jadi korang pilih la url blog, jangan panjang-panjang sangat, nanti susah orang nak cari blog korang.
6. Boleh la pilih template, aku cadangkan korang pilih template simple dulu bagi permulaan, (kemudian boleh tukar ke template, warna dan gambar yang lain).. 
kemudian boleh klik create a blog

Tahniah sekarang korang dah ada blog sendiri..




Nak view blog korang boleh tekan dekat view blog dekat bahagian atas.
Nak post cerita boleh tekan post dekat bahagian sebelah kiri, boleh la mula menulis..
fuhhhh... penat nak tulis entry kali ni..

Disini aku ada sediakan tutorial secara video, harap dengan ada nya video ni, 
lebih mudah untuk korang faham..

Selamat mencuba dan selamat berblog.. terima kasih kerana sudi membaca..

Friday, 22 July 2016

Kelebihan Shaklee Vitamin B Complex

KELEBIHAN B COMPLEX SHAKLEE - MANFAAT PENUH VITAMIN B UNTUK ANDA

Assalamualaikum wbt

Kali ini saya ingin memperkenalkan tentang vitamin B yang banyak khasiat dan kelebihannya. 
Untuk semua golongan tak kira kanak-kanak hinggalah orang yang berusia.

Shaklee pun ade vitamin B

Vitamin B Shaklee dipanggil B Complex

Terdapat banyak kelebihan dan manfaat B Complex Shaklee yang membuatkan ianya sangat berbaloi utk dimiliki.


Rajah dibawah memberikan sedikit gambaran tentang kelebihan B Complex dari Shaklee yang misiummi ingin kongsikan. Moga ia dapat membantu kita semua.

                        

Sebelum kita lihat dengan lebih terperinci tentang B Complex Shaklee, kita lihat dulu manfaat vitamin B secara umumnya
Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?
Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 
Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA
Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B?

Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:
  • Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia
  • Masalah depresi (tekanan perasaan)
  • Kehilangan daya memori
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
  • Insomnia
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Mudah tersinggung

Apakah kelebihan vitamin B Complex dari Shaklee?

Terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee.
Antaranya;
  1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
  3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  6. Mencegah stress.
  7. Menguatkan antibodi tubuh.
  8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  11. Mencegah anemia.
  12. Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak?
  1. Merangsang pertumbuhan.
  2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
  3. Memberikan tambahan tenaga.
Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?

  1. Menambah tenaga.
  2. Mengurangkan stress.
  3. Melambatkan proses uban di rambut.
  4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?
  1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
  3. Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin

Siapakah yang perlu mengambil vitamin B Complex Shaklee?

  • Ibu yang menyusukan 
  • Ibu yang hamil 
  • Ibu yang sedang berpantang)
  • Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat
  • Mereka yang ingin mendapatkan anak 
  • Mereka yang mengalami masalah migrain 
  • Mereka yang mengalami alahan/eczema 
  • Mereka yang mengalami masalah rambut 
  • Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol

Bagaimana mendapatkan B Complex Shaklee?

Banyak kan kelebihan vitamin B Complex Shaklee ni?

Sebotol B Complex mempunyai 120 tablet dan hanya berharga RM53.75. Kos penghantaran ke semenanjung Malaysia adalah RM6 dan RM8 ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan


Jadi jangan tunggu lagi, dapatkan segera dengan mengubungi bercutibajet        h/p 018-3220265 atau emailkan kepada synchrocard71@gmail.com

Semoga mendapat manfaat!

Tuesday, 19 July 2016

Kongsi 8 Tips Untuk Menghalau Semua

Assalamualaikum w.b.t. semua

Masalah semut selalu merunsingkan kita
Jika terlalu kritikal, sedikit cebisan biskut di lantai pun boleh mengundang satu batalion askar semut mengusungnya hingga bermeter-meter



Jika semut kecil yang menghurung, mungkin kurang bermasalah
Tetapi ada juga rumah yang telah di'kuasai' semut api atau semut besar yang kerap menggigit kita dan anak-anak hingga menyebabkan gegata atau bintat seluruh badan!

Menggunakan spray dari bahan kimia atau formulasi air adalah satu kaedah
Atau sekarang orang ade juga pakai bahan semulajadi dari serai

Saya terjumpa beberapa teknik menarik yang semulajadi bahannya. Asalnya artikel ini didalam bahasa inggeris berjudul 13 Natural Remedies for the Ant Invasion

Saya memilih hanya 8 teknik untuk diterjemahkan kerana lebih mudah dan praktikal perlaksaannya. Ada juga teknik yang bagus tapi saya tidak letak disini kerana menyeramkan seperti meletakkan krim gandum yang akan membuatkan semut memakannya hingga perut mereka meletup!

Oh no no

Apapun, tak salah kita cuba
Jom!

Cara 1: Jus Lemon



Semburkan jus lemon yang diperah ke tempat yang yang dilalui semut. Mungkin kerana rasa dan baunya, semut akan menjauhi tempat itu!

Cara 2: Kulit Kayu Manis



Cari punca laluan semut, dan letakkan kulit kayu manis disitu. Atau, semburkan minyak dari pati kulit kayu manis di pintu, tingkap, lantai dan tempat lain bagi mengelakkan kehadiran semut

Cara 3: Daun pudina




Gunakan minyak dari pati daun pudina a.k.a peppermint dan semburkan disekitar tingkap dan pintu atau tempat masuk semut. Bukan sahaja semut akan lari, baunya juga sangat menyegarkan

Cara 4: Campuran borax, air dan gula



Borax atau Sodium Borate biasa didapati dalam industri runcit dan digunakan sebagai campuran kimia. Boleh didapati dalam bentuk serbuk atau kiub. Campurkan borax dengan air dan gula hingga menjadi seperti paste dan letakkan di atas kepingan kad keras. Letakkan kad tersebut di tempat masuk semut. Semut akan memakan paste tersebut dan membawa balik ke koloni mereka dan akan hilang selepas itu.

Cara 5: Air mendidih dan sabun basuh pinggan


Jika anda menjumpai koloni semut a.k.a sarang semut di luar rumah atau didalam rumah anda, antara cara efektif utk memusnahkan adalah dengan menyiram air mendidih yang telah dicampur dengam sabun basuh pinggan ke atas sarang semut tersebut.


Cara 6: Kapur



Lukiskan garisan di atas lantai atau meja dengan kapur dan semut tidak akan melintasinya! Atau boleh juga letakkan serbuk kapur di tempat semut masuk.


Cara 7: Biji Kopi




Letakkan biji kopi di celahan atau rekahan tempat semut keluar dan masuk. Mereka tidak akan kembali disitu dan akan keluar mencari 'tempat laluan' lain.

Cara 8: Cuka




Mop lantai atau bersihkan meja anda dengan campuran air dengan cuka. Masalah semut pasti akan hilang!


Saya pun sebenarnya tak sabar nak cuba beberapa tips dan cara ni nanti
Kalau berhasil saya kongsikan in sya Allah.

Selamat mencuba!