Saturday 23 July 2016

Tutorial Cara Nak Buat Blog


Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ni aku ingin berkongsi tentang tutorial buat blog. Ramai pembaca yang ingin tau, macam mana nak buat blog, dekat sini aku akan kongsikan cara nak buat blog.

Tapi sebelum tu, aku nak pesan, niat kita mesti ikhlas dalam menulis, 
bukan sorang dua yang akan baca blog kita..

Cara yang pertama sebelum kita buat blog, kita mesti ada akaun gmail. 
Kalau tak ada kena buat dulu. 

Cara nak buat akaun gmail 

1. Pergi dekat google, tekan gmail
2. Create akaun gmail  
     i. Nama & Nama Email (nama email)
     ii. Password
     iii. Tarikh Lahir
     iv. No. Tel ................... 

then boleh submit la ya, 
kemudian ada keluar perkataaan accept, korang accept la ya, 
kemudian ada link biru, tekan link tu dia akan terus buka ke akaun gmail korang.
sekarang korang dah ada akaun gmail sendiri.

 Sekarang cara buat blog
    
1. Dekat atas blog, di sebelah kanan ada tulis create blog.. korang tekan
2. Masukkan email korang tadi dan password.. klik done
3. Klik create a blogge profile, korang boleh la tulis nama untuk display, contohnya macam bercutibajet, bila korang bagi komen nanti akan keluar nama ni je la..
kemudian boleh klik continue..

4. Kemudian korang boleh klik dekat new blog, boleh la tulis tajuk/title, (tajuk ni akan ada pada header blog nanti)
5. Dan kena cari la nama blog.. macam bercutibajet.blogspot.com, jadi korang pilih la url blog, jangan panjang-panjang sangat, nanti susah orang nak cari blog korang.
6. Boleh la pilih template, aku cadangkan korang pilih template simple dulu bagi permulaan, (kemudian boleh tukar ke template, warna dan gambar yang lain).. 
kemudian boleh klik create a blog

Tahniah sekarang korang dah ada blog sendiri..




Nak view blog korang boleh tekan dekat view blog dekat bahagian atas.
Nak post cerita boleh tekan post dekat bahagian sebelah kiri, boleh la mula menulis..
fuhhhh... penat nak tulis entry kali ni..

Disini aku ada sediakan tutorial secara video, harap dengan ada nya video ni, 
lebih mudah untuk korang faham..

Selamat mencuba dan selamat berblog.. terima kasih kerana sudi membaca..

Friday 22 July 2016

Kelebihan Shaklee Vitamin B Complex

KELEBIHAN B COMPLEX SHAKLEE - MANFAAT PENUH VITAMIN B UNTUK ANDA

Assalamualaikum wbt

Kali ini saya ingin memperkenalkan tentang vitamin B yang banyak khasiat dan kelebihannya. 
Untuk semua golongan tak kira kanak-kanak hinggalah orang yang berusia.

Shaklee pun ade vitamin B

Vitamin B Shaklee dipanggil B Complex

Terdapat banyak kelebihan dan manfaat B Complex Shaklee yang membuatkan ianya sangat berbaloi utk dimiliki.


Rajah dibawah memberikan sedikit gambaran tentang kelebihan B Complex dari Shaklee yang misiummi ingin kongsikan. Moga ia dapat membantu kita semua.

                        

Sebelum kita lihat dengan lebih terperinci tentang B Complex Shaklee, kita lihat dulu manfaat vitamin B secara umumnya
Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?
Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 
Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA
Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B?

Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:
  • Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia
  • Masalah depresi (tekanan perasaan)
  • Kehilangan daya memori
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
  • Insomnia
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Mudah tersinggung

Apakah kelebihan vitamin B Complex dari Shaklee?

Terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee.
Antaranya;
  1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
  3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  6. Mencegah stress.
  7. Menguatkan antibodi tubuh.
  8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  11. Mencegah anemia.
  12. Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak?
  1. Merangsang pertumbuhan.
  2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
  3. Memberikan tambahan tenaga.
Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?

  1. Menambah tenaga.
  2. Mengurangkan stress.
  3. Melambatkan proses uban di rambut.
  4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?
  1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
  3. Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin

Siapakah yang perlu mengambil vitamin B Complex Shaklee?

  • Ibu yang menyusukan 
  • Ibu yang hamil 
  • Ibu yang sedang berpantang)
  • Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat
  • Mereka yang ingin mendapatkan anak 
  • Mereka yang mengalami masalah migrain 
  • Mereka yang mengalami alahan/eczema 
  • Mereka yang mengalami masalah rambut 
  • Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol

Bagaimana mendapatkan B Complex Shaklee?

Banyak kan kelebihan vitamin B Complex Shaklee ni?

Sebotol B Complex mempunyai 120 tablet dan hanya berharga RM53.75. Kos penghantaran ke semenanjung Malaysia adalah RM6 dan RM8 ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan


Jadi jangan tunggu lagi, dapatkan segera dengan mengubungi bercutibajet        h/p 018-3220265 atau emailkan kepada synchrocard71@gmail.com

Semoga mendapat manfaat!

Tuesday 19 July 2016

Kongsi 8 Tips Untuk Menghalau Semua

Assalamualaikum w.b.t. semua

Masalah semut selalu merunsingkan kita
Jika terlalu kritikal, sedikit cebisan biskut di lantai pun boleh mengundang satu batalion askar semut mengusungnya hingga bermeter-meter



Jika semut kecil yang menghurung, mungkin kurang bermasalah
Tetapi ada juga rumah yang telah di'kuasai' semut api atau semut besar yang kerap menggigit kita dan anak-anak hingga menyebabkan gegata atau bintat seluruh badan!

Menggunakan spray dari bahan kimia atau formulasi air adalah satu kaedah
Atau sekarang orang ade juga pakai bahan semulajadi dari serai

Saya terjumpa beberapa teknik menarik yang semulajadi bahannya. Asalnya artikel ini didalam bahasa inggeris berjudul 13 Natural Remedies for the Ant Invasion

Saya memilih hanya 8 teknik untuk diterjemahkan kerana lebih mudah dan praktikal perlaksaannya. Ada juga teknik yang bagus tapi saya tidak letak disini kerana menyeramkan seperti meletakkan krim gandum yang akan membuatkan semut memakannya hingga perut mereka meletup!

Oh no no

Apapun, tak salah kita cuba
Jom!

Cara 1: Jus Lemon



Semburkan jus lemon yang diperah ke tempat yang yang dilalui semut. Mungkin kerana rasa dan baunya, semut akan menjauhi tempat itu!

Cara 2: Kulit Kayu Manis



Cari punca laluan semut, dan letakkan kulit kayu manis disitu. Atau, semburkan minyak dari pati kulit kayu manis di pintu, tingkap, lantai dan tempat lain bagi mengelakkan kehadiran semut

Cara 3: Daun pudina




Gunakan minyak dari pati daun pudina a.k.a peppermint dan semburkan disekitar tingkap dan pintu atau tempat masuk semut. Bukan sahaja semut akan lari, baunya juga sangat menyegarkan

Cara 4: Campuran borax, air dan gula



Borax atau Sodium Borate biasa didapati dalam industri runcit dan digunakan sebagai campuran kimia. Boleh didapati dalam bentuk serbuk atau kiub. Campurkan borax dengan air dan gula hingga menjadi seperti paste dan letakkan di atas kepingan kad keras. Letakkan kad tersebut di tempat masuk semut. Semut akan memakan paste tersebut dan membawa balik ke koloni mereka dan akan hilang selepas itu.

Cara 5: Air mendidih dan sabun basuh pinggan


Jika anda menjumpai koloni semut a.k.a sarang semut di luar rumah atau didalam rumah anda, antara cara efektif utk memusnahkan adalah dengan menyiram air mendidih yang telah dicampur dengam sabun basuh pinggan ke atas sarang semut tersebut.


Cara 6: Kapur



Lukiskan garisan di atas lantai atau meja dengan kapur dan semut tidak akan melintasinya! Atau boleh juga letakkan serbuk kapur di tempat semut masuk.


Cara 7: Biji Kopi




Letakkan biji kopi di celahan atau rekahan tempat semut keluar dan masuk. Mereka tidak akan kembali disitu dan akan keluar mencari 'tempat laluan' lain.

Cara 8: Cuka




Mop lantai atau bersihkan meja anda dengan campuran air dengan cuka. Masalah semut pasti akan hilang!


Saya pun sebenarnya tak sabar nak cuba beberapa tips dan cara ni nanti
Kalau berhasil saya kongsikan in sya Allah.

Selamat mencuba!

Sunday 17 July 2016

KERJA LEPAS RAYA - PRINTING BAJET

Assalammualaikum w.b.t. 

Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya pada semua kenalan. 
Walaupun kita masih dalam mood raya, menghadiri jemputan rumah terbuka 
tetapi rutin kehidupan seharian tetap kena dilakukan seperti biasa. 
Ikutkan memamg malas nk gie kerja, maklumlah dah lama bercuti, 
tapi kerja tetap kena dilakukan. 

Alhamdulilah kerja-kerja printing seperti Membuat Design, Signboard, Banner, Bunting, 
Name Card, Sticker, Sijil, Buku Laporan, Paper Beg dll diterima, 
Semua sudap siap tinggal nk deliver kat customer jer. Alhamdulilah rezeki lepas raya.
Pada sesapa yang ingin membuat sebarang pertanyaan berkenaan kerja2 printing bajet boleh
Whsapp di 018-3220265 Email: synchrocard71@gmail.com

Design & Pemasangan signboard

Sijil & Buku Lapaoran

Letter Head, Name Card, Fail & Sticker Botol


 Banner & Bunting

Memo Pad

Name Card Sign Board & Car Sticker

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi di talian nie.







Friday 15 July 2016

Renung-renungkanlah

Orang yg tidak tahu yg Dia tak tahu - BAHAYA
Orang yg tak tahu tetapi buat2 tahu - AWAS
Orang yg tahu yg Dia tak tahu - BERITAHU

Hakikat buta bukan buta mata
Tetapi buta mata hati
Hakikat miskin bukan miskin harta
Tetapi miskin budi

HARI semalam adakah KENANGAN
HARI ini adakah KENYATAAN
HARI esok adakah IMPIAN

There's a lot of bright stars up above. Just reach it.
Friends in need are friends indeed. Nothing is valuable as friendship.

Tuesday 12 July 2016

Bercuti Bajet Ke Penang

Assalammualaikum w.b.t. semua.
Siapa kata nak bercuti kena pergi tempat jauh-jauh sampai ke luar negara? Kadang-kadang tempat yang common dalam Malaysia pun kita belum habis explore lagi.
Paling utama waktu bercuti mestilah nak makan sedap, enjoy tempat best dan bawa balik ole-ole dari tempat tu sendiri… Korang tau tak korang boleh dapat semua tu tanpa kekangan duit untuk bercuti? kali nie jom kita bercuti ke Penang RM300 je beb!
Jom kita jelajah  ke Penang@Pulau Pinang@Pulau Mutiara. Banyak tempat2 bersejarah, beriadah, menjamu selera dan shopping. Kebanyakkan tempat makan yg menarik semuanya di area Georgetown syiookk ooo. kami bercuti secara jimat dan ala-ala backpackers. 
Kami ke sana menaiki kereta dari Petaling Jaya. Ok..kali ni aku nak cerita cara percutian bajet, bukan kedekut tau tapi kita cut cost mana yang patut.  Kami menginap di D'Feringghi Hotel & Restaurant nasib kami mmg baik book hotel time promotion RM80++. 
Seronoknya area sini ada night market, macam2 boleh soping kat sini. Makanan pun sedap. Hard Rock Cafe terletak tidak jauh dari sini, lebih kurang 1km. 
Hari Ke 2 Penang Hill 
Aku keluar pagi, kalau lambat mmg panjang barisan nnt. Udara disini xpanas dan amat nyaman. Korang bawak la stok makanan mcm jajan,roti, air kotak dll buh je dalam beg galas bawak ke penang hill.nak ke sana, Naik bas U204 di stesen rapid bas No8 (LEBUH CAMPBELL) di depan 7E. keluar hotel, jalan ke kanan jer...sampai nampak stesen bas sebelah kiri. Tambang RM2/PERSON. Bas ni khas ke penang Hill. so jangan takut sesat. last stesen dia akan stop di Penang Hill. then dia kan U-Turn balik. perjalanan ke penang hill ambil masa 30-40min. 
RATE PENANG HILL : 
RM10/ ADULT, RM5/STUDENT, danRM3 FROM 6.30AM-9AM dan 7PM-10.30PM.

Aku sempat juga melawat Rumah P.Ramlee yg terletak di Jalan Sg Pinang xjauh dr Balai Polis Jelutong
kalau dtg ke Penang perkara wajib di cari Nasi Kandar 

Pasembur...fuyoh mmg power kat sini
Akhir sekali buah tangan paling dinanti oleh kekwn Jeruk Madu Pak Ali, di Jln Chawrasta Penang.
Hanya setakat ini, In Sya Allah jumpa lagi di destinasi lain ...bercutibajet

Sunday 10 July 2016

Kisah Durian & Persahabatan

Assalammualaikum w.b.t semua,

Cerita Rakyat - Asal Usul Durian

Kali ini saya akan berbagi sebuah cerita rakyat atau sebuah dongeng tentang Asal Usul Durian, dimana kisah tersebut ialah menceritakan tentang awal mula atau asal mula buah durian. ini dia critanya...semoga menjadikan sebuah wawasan bagi kalian...

Tapi bagi aku pabila setiap kali musim durian tiba aku dan kekwn yg mmg hantu durian akan berhubung mencari port durian yg terbaek. Makan sampai kenyang dan puas. Durian Raja Segala Buah




ASAL USUL DURIAN

Z
aman dahulu kala, Raja Baron Mai berkuasa disebuah kerajaan di Filipina. Raja memiliki permaisuri yang masih muda dan sangat cantik. Akan tetapi, permaisuri tidak mencintainya karena Raja sudah tua dan buruk rupa.

Tentu saja Raja sedih. Dia lalu mencari bantuan seorang pertapadi Gunung Ipu. Setelah berhari – hari menempuh perjalanan yang berat, akhirnya beliau sampai di Gunung Ipu. Disana ia bertemu seorang pertapa. Sang pertapa mendengar cerita Raja dengan takzim, lalu berkata, “ baiklah Paduka. Saya akan membantu. Bawakan saja 12 sendok besar susu kerbau, satu telur burung tabon hitam, dan setangkai bunga dari pohon tipuan.” 

Raja kemudian mengerahkan seluruh pengawal dan petani kerajaan untuk tugas ini. Akhirnya, semua telah berkumpul, kecuali bunga dan pohon tipuan.

Raja menjadi sangat sedih karena, ternyata, persyaratannya masih kurang. Tiba – tiba, malam itu ada seorang peri menampakan diri dan berkata pada Raja, “ Bunga tipuan yang Paduka cari itu ada di hutan, dan dipakai seorang peri dirambutnya. Akan tetapi dia tidak akan memberikan bunga itu dengan mudah. Jika Paduka mengikuti saya, maka saya dapat membantu untuk mendapatkannya,”

Raja kemudian mengikuti peri itu terbang keangkasa. Perjalanan mereka sangat jauh, menuju hutan tempat para peri beristirahat. Sampai disana, sang peri segera berubah menjadi burung kecil bersayap panjang. Dia terbang menukik dan mengambil bunga yang indah dirambut seorang peri dan membawanya pada Raja.

Raja sangat gembira. Dia kumpulkan ketiga bahan ramuan tersebut, lalu segera membawanya ke gua sang Pertapa. Sang Pertapa pun mulai bekerja. Ia mengambil sari madu pohon tipuan dan menuangkannya bersama susu kedalam telur. Setelah selesai, ia berkata,”tanamlah ramuan dalam telur ini di tanam dan biarkan permaisuri memakan buahnya,” katanya. “kelak permaisuri akan jatuh cinta pada  Paduka. Akan tetapi ingat, Paduka harus mengundang saya saat pesta perayaannya.”
           
Dengan perasaan tidak sabar, Raja langsung menanam telur itu dikebun istana. Keesokan harinya, telah tumbuh sebatang pohon besar di tempat itu. Buahnya indah, besar – besar, dan tampak lezat.
Raja memetik satu dan memberikannya kepada permaisuri. Tiba – tiba permaisuri langsung jatuh cinta pada Raja. Mantera sang pertapa ternyata ampuh.

Tentu saja Raja sangat gembira. Sebuah pesta besar diadakan. Seluruh rakyat diundang. Mereka bersuka ria selama tujuh hari tujuh malam. Akan tetapi, Raja lupa akan janjinya untuk mengundang sang pertapa. Apa yang terjadi kemudian? Karena marah kepada Raja, ia menutuk  buah yang dimakan permaisuri tadi menjadi buah yang berduri dan berbau tidak sedap.

Begitulah asal-usul durian. Buah berduri yang berbau tidak sedap, tetapi sangat nikmat rasanya. Siapapun yang memakannya akan merasakan dagingnya terasa lembut seperti telur rebus, halus seperti susu, dan manis seperti sari madu.