Tuesday 19 July 2016

Kongsi 8 Tips Untuk Menghalau Semua

Assalamualaikum w.b.t. semua

Masalah semut selalu merunsingkan kita
Jika terlalu kritikal, sedikit cebisan biskut di lantai pun boleh mengundang satu batalion askar semut mengusungnya hingga bermeter-meter



Jika semut kecil yang menghurung, mungkin kurang bermasalah
Tetapi ada juga rumah yang telah di'kuasai' semut api atau semut besar yang kerap menggigit kita dan anak-anak hingga menyebabkan gegata atau bintat seluruh badan!

Menggunakan spray dari bahan kimia atau formulasi air adalah satu kaedah
Atau sekarang orang ade juga pakai bahan semulajadi dari serai

Saya terjumpa beberapa teknik menarik yang semulajadi bahannya. Asalnya artikel ini didalam bahasa inggeris berjudul 13 Natural Remedies for the Ant Invasion

Saya memilih hanya 8 teknik untuk diterjemahkan kerana lebih mudah dan praktikal perlaksaannya. Ada juga teknik yang bagus tapi saya tidak letak disini kerana menyeramkan seperti meletakkan krim gandum yang akan membuatkan semut memakannya hingga perut mereka meletup!

Oh no no

Apapun, tak salah kita cuba
Jom!

Cara 1: Jus Lemon



Semburkan jus lemon yang diperah ke tempat yang yang dilalui semut. Mungkin kerana rasa dan baunya, semut akan menjauhi tempat itu!

Cara 2: Kulit Kayu Manis



Cari punca laluan semut, dan letakkan kulit kayu manis disitu. Atau, semburkan minyak dari pati kulit kayu manis di pintu, tingkap, lantai dan tempat lain bagi mengelakkan kehadiran semut

Cara 3: Daun pudina




Gunakan minyak dari pati daun pudina a.k.a peppermint dan semburkan disekitar tingkap dan pintu atau tempat masuk semut. Bukan sahaja semut akan lari, baunya juga sangat menyegarkan

Cara 4: Campuran borax, air dan gula



Borax atau Sodium Borate biasa didapati dalam industri runcit dan digunakan sebagai campuran kimia. Boleh didapati dalam bentuk serbuk atau kiub. Campurkan borax dengan air dan gula hingga menjadi seperti paste dan letakkan di atas kepingan kad keras. Letakkan kad tersebut di tempat masuk semut. Semut akan memakan paste tersebut dan membawa balik ke koloni mereka dan akan hilang selepas itu.

Cara 5: Air mendidih dan sabun basuh pinggan


Jika anda menjumpai koloni semut a.k.a sarang semut di luar rumah atau didalam rumah anda, antara cara efektif utk memusnahkan adalah dengan menyiram air mendidih yang telah dicampur dengam sabun basuh pinggan ke atas sarang semut tersebut.


Cara 6: Kapur



Lukiskan garisan di atas lantai atau meja dengan kapur dan semut tidak akan melintasinya! Atau boleh juga letakkan serbuk kapur di tempat semut masuk.


Cara 7: Biji Kopi




Letakkan biji kopi di celahan atau rekahan tempat semut keluar dan masuk. Mereka tidak akan kembali disitu dan akan keluar mencari 'tempat laluan' lain.

Cara 8: Cuka




Mop lantai atau bersihkan meja anda dengan campuran air dengan cuka. Masalah semut pasti akan hilang!


Saya pun sebenarnya tak sabar nak cuba beberapa tips dan cara ni nanti
Kalau berhasil saya kongsikan in sya Allah.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment