Saturday 23 July 2016

Tutorial Cara Nak Buat Blog


Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ni aku ingin berkongsi tentang tutorial buat blog. Ramai pembaca yang ingin tau, macam mana nak buat blog, dekat sini aku akan kongsikan cara nak buat blog.

Tapi sebelum tu, aku nak pesan, niat kita mesti ikhlas dalam menulis, 
bukan sorang dua yang akan baca blog kita..

Cara yang pertama sebelum kita buat blog, kita mesti ada akaun gmail. 
Kalau tak ada kena buat dulu. 

Cara nak buat akaun gmail 

1. Pergi dekat google, tekan gmail
2. Create akaun gmail  
     i. Nama & Nama Email (nama email)
     ii. Password
     iii. Tarikh Lahir
     iv. No. Tel ................... 

then boleh submit la ya, 
kemudian ada keluar perkataaan accept, korang accept la ya, 
kemudian ada link biru, tekan link tu dia akan terus buka ke akaun gmail korang.
sekarang korang dah ada akaun gmail sendiri.

 Sekarang cara buat blog
    
1. Dekat atas blog, di sebelah kanan ada tulis create blog.. korang tekan
2. Masukkan email korang tadi dan password.. klik done
3. Klik create a blogge profile, korang boleh la tulis nama untuk display, contohnya macam bercutibajet, bila korang bagi komen nanti akan keluar nama ni je la..
kemudian boleh klik continue..

4. Kemudian korang boleh klik dekat new blog, boleh la tulis tajuk/title, (tajuk ni akan ada pada header blog nanti)
5. Dan kena cari la nama blog.. macam bercutibajet.blogspot.com, jadi korang pilih la url blog, jangan panjang-panjang sangat, nanti susah orang nak cari blog korang.
6. Boleh la pilih template, aku cadangkan korang pilih template simple dulu bagi permulaan, (kemudian boleh tukar ke template, warna dan gambar yang lain).. 
kemudian boleh klik create a blog

Tahniah sekarang korang dah ada blog sendiri..




Nak view blog korang boleh tekan dekat view blog dekat bahagian atas.
Nak post cerita boleh tekan post dekat bahagian sebelah kiri, boleh la mula menulis..
fuhhhh... penat nak tulis entry kali ni..

Disini aku ada sediakan tutorial secara video, harap dengan ada nya video ni, 
lebih mudah untuk korang faham..

Selamat mencuba dan selamat berblog.. terima kasih kerana sudi membaca..

No comments:

Post a Comment