Tuesday 12 July 2016

Bercuti Bajet Ke Penang

Assalammualaikum w.b.t. semua.
Siapa kata nak bercuti kena pergi tempat jauh-jauh sampai ke luar negara? Kadang-kadang tempat yang common dalam Malaysia pun kita belum habis explore lagi.
Paling utama waktu bercuti mestilah nak makan sedap, enjoy tempat best dan bawa balik ole-ole dari tempat tu sendiri… Korang tau tak korang boleh dapat semua tu tanpa kekangan duit untuk bercuti? kali nie jom kita bercuti ke Penang RM300 je beb!
Jom kita jelajah  ke Penang@Pulau Pinang@Pulau Mutiara. Banyak tempat2 bersejarah, beriadah, menjamu selera dan shopping. Kebanyakkan tempat makan yg menarik semuanya di area Georgetown syiookk ooo. kami bercuti secara jimat dan ala-ala backpackers. 
Kami ke sana menaiki kereta dari Petaling Jaya. Ok..kali ni aku nak cerita cara percutian bajet, bukan kedekut tau tapi kita cut cost mana yang patut.  Kami menginap di D'Feringghi Hotel & Restaurant nasib kami mmg baik book hotel time promotion RM80++. 
Seronoknya area sini ada night market, macam2 boleh soping kat sini. Makanan pun sedap. Hard Rock Cafe terletak tidak jauh dari sini, lebih kurang 1km. 
Hari Ke 2 Penang Hill 
Aku keluar pagi, kalau lambat mmg panjang barisan nnt. Udara disini xpanas dan amat nyaman. Korang bawak la stok makanan mcm jajan,roti, air kotak dll buh je dalam beg galas bawak ke penang hill.nak ke sana, Naik bas U204 di stesen rapid bas No8 (LEBUH CAMPBELL) di depan 7E. keluar hotel, jalan ke kanan jer...sampai nampak stesen bas sebelah kiri. Tambang RM2/PERSON. Bas ni khas ke penang Hill. so jangan takut sesat. last stesen dia akan stop di Penang Hill. then dia kan U-Turn balik. perjalanan ke penang hill ambil masa 30-40min. 
RATE PENANG HILL : 
RM10/ ADULT, RM5/STUDENT, danRM3 FROM 6.30AM-9AM dan 7PM-10.30PM.

Aku sempat juga melawat Rumah P.Ramlee yg terletak di Jalan Sg Pinang xjauh dr Balai Polis Jelutong
kalau dtg ke Penang perkara wajib di cari Nasi Kandar 

Pasembur...fuyoh mmg power kat sini
Akhir sekali buah tangan paling dinanti oleh kekwn Jeruk Madu Pak Ali, di Jln Chawrasta Penang.
Hanya setakat ini, In Sya Allah jumpa lagi di destinasi lain ...bercutibajet

No comments:

Post a Comment